BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

2010年2月24日水曜日

Busy..

Dah lama x update. Terlalu bz dengan hal pindah umah ,extend visa dan sebagainya. Tetiba lak hal UIA menjelma, membuatkan ak x tido lena. Tapi ak tawakkal je, kalau ade rezeki ak ade le, kalau xde nak wat camne kan.

Tapi ak harap-harap gak la untuk dapat UIA ni, at least boleh ringankan beban keluarga ak juga. Kalau boleh xnak le plak suruh depa kuarkan duit untuk nak cover ak lak. Mana la depa nak cari duit, nak gadai apa pun xdak. So ,kalau dah xdapat tu, ak xde choice le melainkan baito sambil belaja je kat cnie.

Ok gak la ak rasa, bersyukur dapat kokuritsu(kerajaan) nye Univ, at least x mahal sangat yuran pengajian die. Tapi adakah mampu untuk ak menanggung pressure yang besar dri belaja dan bekerja pada waktu yang sama?? Itu, hanya Allah sahaja yang tahu.

Borink tul duk cnie, teringin rasanya nak balik awal, nak jenguk mak ngan ayah kat kampung. Baru je call mak ak, ayah ak nye sakit masih lagi menjadi-jadi. Ak pun kadang2 confuse nak wat ape. Kalau ikutkan ati nak je keje balik Malaysia, boleh gak ulang alik tgk ayah kat umah. Nie dah duk jauh, susah le plak nak jenguk.

Walaupun ak nie dri kecik ,pemikiran x sehaluan dgan ayah ak, selalu je bergaduh, tapi ak masih phm lagi tanggungjawab yang ak galas sbgai seorang anak. Ingat lagi waktu PMR, sampai ak lari kuar umah gara-gara bergaduh ngan ayah ak. Bila teringat balik, ak pun x sangka ak boleh kuarkan kata-kata yang x sepatutnya dikuarkan sbgai seorng anak kepada ayahnya. Tu la , ramai orng ingat ak nie pendiam dan baik, tpi ak rasa ak nie lagi jahat dripada bdak2 yang lain.

Kalau bergaduh tu, smpai merah2 muka ayah ak. Chuak tu ada tapi ak mmng berani gile, siap cabar ayah ak tampar ak lagi, plus ak ingat lagi ak ada warning ayah ak jangan ambik tau lagi hal ak mase PMR dulu. Ayah ak pun bukan main lgi, siap ade skali tu harap ak mati lemas lak tu mase ak g trip g Pantai Merdeka. Memang kaw2 WAR antara kami masa tu...

Decision yang besar yang x disangka2 ak penah ambik waktu PMR dulu yg melibatkan ayah ak iaitu ak ambik IT instead of BIOLOGI. Sebabnye, ayah nak ak jadi DOKTOR waktu ak abis SPM nnti. Perasaan yang membuak dan menggelegak masa tu membuatkan ak x pikir dah 2 kali, terus tukar ke IT dan depan2 ak bgitau ayah yang ak x akan jadi doktor walaupun impian menjadi seorng doktor adalah menjadi impian ak selama nie. Ak akui gak la, ak memang spoilt brat masa tu..rebel kaw kaw..Mungkin ayah kecewa gak ngan ak masa tu, tapi apakan daya, konflik nie dah berlarutan selama mana yang ak ingat ia dah bermula.

Ak bersyukur Allah masih lagi beri peluang pada ak bukan sahaja untuk ubah sikap ak terhadap ayah tapi untuk ubah pendirian ayah yang terlalu teguh itu untuk kami adik beradik. Memang betul ego sangat penting bagi seorng suami dan seorng lelaki, tapi jika terlalu berpegang kepada ego itu, ia akan merosakkan diri sendiri.

Ayah kini tidak sihat, tpi begitu susah untuk ak hancurkan dinding ke-egoan ayah. Nak wat macam mana pun ak dah x tau. Tapi skarang ak belaja untuk lebih bertolak ansur dan berdiam diri walaupun kadang2 kata-katanya masih tajam menusuk hatiku ini. Aku pun hanya berdoa semoga satu hari nnti dilembutkan hatinya sedikit untuk ak,kakak, abang dan adik adik ku.

Belajar di luar negara banyak memberi peluang untuk ak berbaik semula dgan ayah ak. Betul gak kata orang, yang jauh itu akan dikenang dan lebih dirindu.

Lastly, tetiba lak ak lari tajuk dari cite bz kepada cite ayah ak, cuma terlalu risaukan keadaannya. Ak ade lagi 2 tahun di sni, bilakan masanya untuk ak berbakti kepada depa waktu depa tgh sihat nie......urrmmmmmm

2010年1月12日火曜日

Late riser........

Kebelakangan nie ak ade satu penyakit yang membahayakan...iaitu penyakit susah nak bangun..sekali tido je mesti xleh bangun...

Kalau cket2 tu ok lagi..nie kalau dah nak sampai zohor..terlepas zohor pun ada..xleh jadi le kan, especially time2 genting menulis thesis nie..

Macam2 gak cara ak guna untuk mengatasi masalah nie..Antaranya

  1. Takut xleh bangun, xyah tido trus...nie ak wat sekali semnggu..tido kat lab...
  2. Bawa balik keje umah..sambil baring2 leh gak sambung wat keje..
  3. Rajin bersukan...uishh nie penting..kuarkan peluh baru bersmngat nak ke lab...
  4. Membelanja diri sendiri selepas berjaya siapkan keje....nie pun leh tahan le effectivenyer..

Tapi still mencari jalan yg lebih baik spaya ak x trus tido memanjang bila ari cuti...

Chuak gak le...nnti Master dah le Univ jauh dari umah...skali x bangun..x g kelas le jawabnya...

Ganbare ke lab ari nie...minna mo.....hehehhehe

2010年1月8日金曜日

Trust....

Minggu yang sangat sibuk untuk semua orang dan minggu yang selalu membuat ak berfikir....

KAWAN atau SAHABAT menjadi isu besar untuk ak bulan ini.

Nape berkawan hanya untuk bercerita bende yang seronok je...bila kita mula menceritakan masalah kita, mereka mula berpaling...

Aku x paham dengan sistem berkawan mcm ini atau selama ini ak yang salah cari kawan...

I'm starting to lose faith in friendship...(actually since I was 9)

Mungkin sbb itu ak suka menyendiri kebelakangan ini (alwuz)..tapi bunyi cam anti-sosial lak

At least lebih baik dari berpura-pura memahami tetapi pada dasarnya x mengerti.

TRUST....perkara yang sukar difahami buat orang zaman skang.

Tapi x mengapa, sesungguhnya Allah selalu memberi petunjuk padaku..

Berdiam lebih baik dari berkata-kata..biarlah ak memilih menjadi yang lain dari yang lain...

Macam dlm movie...yang unique adalah HERO...watak tambahan selalunya yang mengikut, xde orang kisah kalau die xde pun di pertngahan jalan cite tu

Tapi apa yang orang nak tahu , apa akan jadi kepada HERO tu....

Bukan menganggap diri hero, cuma sedih melihat mereka yg berpotensi menjadi HERO ini dibiarkan terasing kesepian kerana yang jadi pilihan adalah watak sampingan yang selalu terikut2 TREND dunia terkini...

Lastly..ape la ak mengarut nie..I'm weird and I'm psycho but I like it coz I'm different...hehehheh